Monday 19 March 2012

Yang Baik Itu Baik, Yang Buruk Itu Baik


Assalamualaikum...
“Yang Baik Itu Baik, Yang Buruk Itu Baik”, itu lah kata-kata yang diucapkan oleh Dr Norhissam setiap kali kursus kesihatan yang diadakan. Tidak akan Allah S.W.T berikan sesuatu keburukan atau ujian kepada hambanya tanpa ada pasanganannya kebahagiaan yang dapat dilihat oleh mata hati. Begitulah gambaran yang diberikan kepada seseorang yang bergelar muslim. Mereka dapat menangani ujian yang diberikan dengan ikhlas dan sabar kerana mereka tahu penyelesaiaan akan ditunjukkan kepada hamba-hambanya yang tidak berputus asa. Seperti firman Allah S.W.T :
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” Sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang – orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang – orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang – orang yang dusta.” Surah Al – Ankabut ayat 2 – 3
Cuba anda perhatikan setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah pasti ada pasangannya:
Lelaki pasangannya perempuan.....
Kaya pasangannya miskin......
Siang pasangannya malam.....
Sihat pasangannya sakit.....
Cemerlang pasangannya gagal......
Begitulah dengan ujian yang diberikan pasti diturunkan juga penyelesaiannya. Di sini saya lebih menjurus kepada topik kesihatan rohani dan fizikal, di mana setiap penyakit yang diberikan pasti ada ubatnya. Tidak semestinya ubat berbentuk fizikal seperti tablet, kapsul....Tetapi, ubat untuk jiwa juga perlu dimakan :
”Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda :  Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan Allah menurunkan penyembuh untuknya”. –riwayat al-Bukhari 
Mengapa Allah S.W.T menurunkan ujian ?
Ini kerana Allah S.W.T hendak memberikan kepada hamba-hambanya yang beriman kiffarah dan kemuliaan. Sakit yang diberikan adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kita. Manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa. Dengan memberikan sakit, Allah sebenarnya membantu kita menghapuskan sebahagian dosa:
”Daripada Abu Said al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda : Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan dan kesedihan malahan kedukacitaan melainkan dihapuskan sebahagiaan dosa-dosanya”. –Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Sakit juga adalah untuk memberi kemuliaan kepada hambanya yang disayangi kerana Allah memberikan pelbagai musibah kepadanya untuk memberikan ganjaran kepadanya :
”Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda : Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya”. –Riwayat al-Bukhari
Dengan ujian kesakitan yang Allah S.W.T berikan, kita sebagai manusia perlu mencari jalan penyelesaian dengan mengikut syariatullah dan sunnatullah. Syariatullah ialah cara penyelesaian dan penyembuhan mengikut hukum 5 tersebut iaitu wajib, sunat, makruh, harus dan haram. Jika anda mencari cara penyembuhan mengikut jalan khurafat, zalim dan fasik, Allah S.W.T akan memberikan istidraj. Ini bermaksud kesenangan dan kesusahan yang diberikan, anda sendiri menguruskan tanpa bantuan dari Allah.
Syariatullah ialah mengikut hukum fizik dan hukum alam ataupun cara penyembuhan mengikut kemampuan kita. Jika cara penyembuhan tersebut sangat mahal sehingga kita terpaksa menggadaikan rumah dan tanah, itu bermakna cara tersebut tidak sesuai untuk kita. Bukan penyembuhan yang kita dapat, sakit yang lain pula akan datang. Namun, jika anda berkemampuan menggunakan cara tersebut seperti mampu membeli ubat berharga RM100 000, teruskan kerana tiada halangan.
Dengan memberikan hambanya penyakit, Allah mahu melihat adakah hamba-hambanya mempunyai iman yang tulen, akhlak yang hebat, akal yang seimbang dan amal soleh yang istiqamah. Setiap perkara ini tidak akan lari dari kesihatan kita. Iman, akhlak, akal dan amal akan memberi kesan positif atau negatif kepada tahap kesihatan kita. Artikel berikutnya akan saya terangkan bagaimana gangguan-gangguan melalui pendengaran, penglihatan, pemakanan dan sentuhan melemahkan iman, akhlak, akal dan amal kita. 
Sila layari portal ini www.sahabat-rki.com/nadiah88 untuk mengetahui sihat itu”murah, mudah dan mulia. cuma memerlukan sedikit ilmu”.

No comments:

Post a Comment